Kamis, 28 April 2011

Globalisasi

Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet,media elektronik,dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan diantara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.

Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia didunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.

Dalam era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang asal. Jika dulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan sempadan-sempadan namun kini ia tidak berlaku lagi. Malah pada hari ini kita telah dapat merasakan apakah dia itu globalisasi. Ledakan teknologi maklumat yang pesat merupakan medium utama kepada agenda globalisasi ini.

Dunia bukan sahaja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh globalissasi menjangkau sempadan ekonomi,teknologi ,bahasa, budaya, ideologi, politik dan dari segenap aspek kehidupan sesebuah masyarakat.


Kerajaan Malaysia memberi keutamaan kepada globalisasi ekonomi. Disamping itu, ia memberi perhatian besar kepada globalisasi maklumat dan ilmu dan globalisasi saintifik serta teknologi Kesungguhan Kerajaan dalam menangani tiga jenis globalisasi ini jelas kelihatan pada berbagai-bagai bentuk wacana di peringkat nasional dan peringkat antarabangsa seperti dialog, seminar, persidangan dan forum dan juga pada penubuhan berbagai-bagai jenis institusi dan projek. Koridor Raya Multimedia (MSC) adalah simbol harapan serta kemegahan Malaysia dalam menyahut panggilan globalisasi.

Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir & gaya bertindak dari satu daerah dunia kpd daerah dunia yg lain. Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang yang melanda dunia.

Globaliasi telah dikenal pasti sebagai dalang disebalik beberapa anjakan, dengan kebanyakannya bermula dari era Perang Dunia Kedua. Ini merangkumi pergerakan komoditi, mata wang, maklumat dan orang secara lebih kerap di peringkat antarabangsa, serta perkembangan teknologi, organisasi, sistem perundangan, dan infrastruktur yang membenarkan pergerakan ini. Kendatipun, kewujudan sesetengah anjakan ini diperdebatkan.

* Anjakan dari segi ekonomi
o Penambahan perdagangan antarabangsa pada kadar lebih cepat berbanding pertumbuhan ekonomi dunia
o Penambahan dalam aliran modal antarabangsa termasuk pelaburan langsung asing
o Penubuhan organisasi-organisasi antarabangsa seperti WTO dan OPEC melalui perjanjian
o Pembangunan sistem kewangan global
o Peranan organisasi antarabangsa WTO, WIPO dan IMF yang megendalikan urusniaga-urusniaga antarabangsa yang bertambah penting
o Peningkatan amalan-amalan ekonomi seperi penyumberan oleh perbadanan multinasional
* Anjakan dari segi budaya
o Penukaran antara budaya pada peringkat antarabangsa yang lebih kerap,
o Perebakan dan akses yang lebih baik kepada kepelbagaian budaya, misalnya melalui ekspot filem Hollywood dan Bollywood. Akan tetapi, budaya yang diimpot boleh diasimilisasikan kedalam budaya tempatan, dan seterusnya menyebabkan penghibridan. Bentuk yang paling prominen adalah Kebaratan, tetapi Kecinaan budaya juga berlaku.
o Perjalanan dan perlancongan antarabangsa yang semakin bertambah
o Imigrasi secara sah dan haram yang terus meningkat
o Perebakan makanan-makanan tempatan seperti pizza, makanan Cina dan makanan India kepada negara lain (sering digubah mengikut cita rasa tempatan)
o Minat sementara dan budaya pop yang sama di seluruh dunia seperti Doraemon, Pokemon, Sudoku, Origami, siri Idol, YouTube, MySpace dan pelbagai lagi yang lain.
o Penggunaan istilah asing yang semakin bertambah. Contohnya perkataan "Amigo" dan "Adios" adalah istilah bahasa Sepanyol yang difahami kebanyakan orang Malaysia. Penduduk Malaysia juga fasih sedikit bahasa Jepun, Korea, dan Hindi tampa mengenali pun bahasanya.
* pembangunan satu infrastruktur telekomunikasi global dan aliran data antara sempadan yang lebih kerap menggunakan teknologi-teknologi seperti sebagai internet, komunikasi satelit-satelit dan telefon-telefon.
* Penambahan standard yang digunapakai di peringkat antarabanga seperti undang-undang hak cipta dan paten
* Pembentukan nilai-nilai universal
* Tekanan untuk menubuhkan satu mahkamah jenayah antarabangsa oleh gerakan-gerakan keadilan antarabangsa (lihat Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa).
* Ia juga dikatakan bahawa keganasan juga telah mengalami globalisasi kerana serangan pengganas masa kini tidak mengira kaitan tempatnya dengan tempat perjuangan mereka sendiri [5][6].

Halangan kepada perdagangan anatarabangsa beransur-ansur dihampuskan semenjak era Perang Dunia Kedia melalui perjanjian antarabangsa seperti Persetujuan Am mengenai Cukai dan Perdagangan (GATT). Beberapa inisiatif telah diambil sebagai hasil GATT dan kemudiannya WTO yang lahir hasil GATT, dan ini merangkumi:

* Promosi perdagangan bebas,
o Barangan:
+ Pengurangan atau penghampusan terus cukai dan pembentukan zon perdagangan bebas dengan sedikit ataupun tampa cukai
+ Pengurangan kos pengangkutan, terutama dengan penciptaan pengkontenaan untuk perjalanan laut.
o Modal: pengurangan atau penghampusan kawalan modal
o Pengurangan, penghampusan, atau pengharmonian subsidi untuk perniagaan-perniagaan tempatan
* Lindungan harta hak cipta
o Pengharmonian undang-undang hak cipta semua negara dengan perlindungan lebih ketat
o Pengiktirafan supranasional terhadap hak cipta, sebagai contoh, paten yang dikeluarkan oleh China akan diiktiraf di Amerika Syarikat

Dampak Positif

a. Perubahan Tata Nilai dan Sikap

Adanya modernisasi dan globalisasi dalam budaya menyebabkan pergeseran nilai dan sikap masyarakat yang semua irasional menjadi rasional.

b. Berkembangnya ilmu pengetahuan dan teknologi Dengan berkembangnya ilmu pengetahuan dan teknologi masyarakat menjadi lebih mudah dalam beraktivitas dan mendorong untuk berpikir lebih maju.

c. Tingkat Kehidupan yang lebih Baik

Dibukanya industri yang memproduksi alat-alat komunikasi dan transportasi yang canggih merupakan salah satu usaha mengurangi penggangguran dan meningkatkan taraf hidup masyarakat.
Dampak Negatif

Dampak negatif globalisasi adalah sebagai berikut.

a. Pola Hidup Konsumtif

Perkembangan industri yang pesat membuat penyediaan barang kebutuhan masyarakat melimpah. Dengan begitu masyarakat mudah tertarik untuk mengonsumsi barang dengan banyak pilihan yang ada.

b. Sikap Individualistik

Masyarakat merasa dimudahkan dengan teknologi maju membuat mereka merasa tidak lagi membutuhkan orang lain dalam beraktivitasnya. Kadang mereka lupa bahwa mereka adalah makhluk sosial.

c. Gaya Hidup Kebarat-baratan

Tidak semua budaya Barat baik dan cocok diterapkan di Indonesia. Budaya negatif yang mulai menggeser budaya asli adalah anak tidak lagi hormat kepada orang tua, kehidupan bebas remaja, dan lain-lain.

d. Kesenjangan Sosial

Apabila dalam suatu komunitas masyarakat hanya ada beberapa individu yang dapat mengikuti arus modernisasi dan globalisasi maka akan memperdalam jurang pemisah antara individu dengan individu lain yang stagnan. Hal ini menimbulkan kesenjangan sosial.

0 komentar:

Posting Komentar